NADI Mahir Masak Intake 3 (Minggu ke-7)

25 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2026, seramai 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Masak pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada minggu ke-7 ini, peserta diajar cara membuat pizza secara amali. Kelas ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran amali kepada peserta dalam menyediakan hidangan pizza yang sihat dan kreatif.

Fokus utama adalah memperkenalkan teknik asas membuat doh, memilih bahan segar serta mengalakkan gaya masakan berasaskan sayuran sebagai pilihan yang lebih seimbang dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Selain itu, sesi ini juga berperanan sebagai ruang interaksi santai yang menguatkan semangat kebersamaan dan kreativiti komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali